Sejak setahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa bapa tirinya yang merogol dia di rumah mereka di Rawang Jaya, Rawang.
Tidak tahan dengan perbuatan lelaki tidak guna itu, mangsa menceritakan perbuatan bapa tirinya itu kepada ibunya pada Khamis lalu dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Rawang, Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek, 45, berkahwin dengan ibu mangsa sejak empat tahun lalu dan tidak dikurniakan anak.
Difahamkan, ibu mangsa ada bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya itu selepas diceritakan oleh anaknya, tetapi suspek enggan berkata apa-apa.
Mangsa dalam keterangannya kepada polis memberitahu, suspek merogolnya sejak dia berusia sembilan tahun dan segala perbuatan terkutuk itu dilakukan di kediaman mereka.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ZEKNtQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment