loading...
  • Breaking News

    Monday, October 26, 2020

    'Berdosa main PUBG, pemainnya patut disebat di khalayak ramai' - Ulama

    Permainan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) sangat digemari ramai. Bukan hanya diminati oleh kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa yang sudah mendirikan rumah tangga juga sukakan permainan itu. 


    Tetapi bagi Ketua Majlis Permusyarawatan Ulama (MPU) Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian berkata, permainan PUBG itu hukumannya adalah haram kerana ia mengandung unsur kekerasan dan peperangan. 


    Abdurrani juga berpendapat, individu yang bermain PUBG itu selayaknya dihukum sebat dengan cemeti di khalayak ramai kerana melanggar syariat Islam di Aceh. 


    "Jadi, sangat layak dihukum sebat kerana pemainnya melakukan perbuatan haram yang dilarang di dalam agama Islam," katanya Jumaat, 23 Oktober 2020. 


    Jun 2019, MPU Wilayah Aceh telah mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan PUBG dan yang sewaktu dengannya kerana permainan itu menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya golongan muda. 


    MPU dalam kenyataannya tahun lalu mendakwa, permainan itu mengandungi kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri memberi impak kepada akhlak dan psikologi pemainnya. 


    Teungku Abdurrani menegaskan, walaupun fatwa haram terhadap PUBG atau yang sewaktu dengannya belum ditentukan jenis hukumannya, namun Teungku menegaskan pemerintah Aceh perlu segera melaksanakan hukumannya. 


    "Game PUBG memang sudah difatwakan haram oleh MPU Aceh. Walaupun ada pelaksanaan hukumannya, tetapi sebagai seorang muslim apabila ada yang masih bermain permainan itu tentu mereka akan berdosa. Mereka juga akan dipertanggungjawabkan dosanya di akhirat kelak," katanya. 


    Oleh yang demikian, Abdurrani berharap pemerintah Aceh segera merealisasikan fatwa tersebut agar semua pemain PUBG atau yang sewaktu dengannya di Aceh dikenakan hukuman sebat sesuai dengan kanun yang sedia ada. 


    Abdurrani juga meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat mendukung fatwa yang dikeluarkan oleh MPU Aceh, mengharamkan PUBG dan seumpamanya kerana permainan itu mengandungi unsur kekerasan dan peperangan. 


    Tambahnya lagi, permainan yang mudah diperolehi dari gajet seperti telefon pintar lebih banyak unsur memudaratkan dari kebaikan. 


    "Permainan itu juga menyebabkan para pemain menjadi ketagihan dan mendorong karekter berkelakuan ganas dan memberi impak yang tidak baik terhadap mental si pemain," katanya. 


    Sumber: Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/3mmDeRr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment