loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 31, 2020

    'Rakyat tengah susah, tapi ada yang sibuk nak jadi PM, Timbalan PM' - Muhyiddin


    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui tidak mahu menyentuh soal politik dalam pentadbirannya kini, sebaliknya lebih mementingkan bagaimana mahu membantu rakyat yang terjejas berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).


    Perdana Menteri berkata, fokusnya yang utama sekarang adalah bagaimana mengawal penularan pandemik berkenaan, serta memastikan pemulihan ekonomi negara berikutan kesan pandemik Covid-19.


    “Kalau saya sentuh soal politik (sekarang), rakyat marah pada saya. Masyarakat (sudah) terseksa berikutan (penularan) Covid-19.


    “Orang tengah susah (tapi ada yang) cakap pasal politik. Siapa nak jadi Perdana Menteri, siapa nak jadi Timbalan Perdana Menteri, siapa nak jadi Ketua Bahagian. Masyarakat hari ini sudah meluat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, di sini, petang ini.


    Ahli Parlimen Pagoh itu yang sudah berkecimpung dalam politik hampir 40 tahun turut mengakui tidak mahu mengeluarkan kenyataan berbaur politik, sebaliknya menyeru semua pemimpin masyarakat tidak mengira fahaman politik supaya sama-sama bekerjasama dalam mengekang penularan Covid-19.


    “Sebab itu saya elak keluarkan kenyataan (politik). Bukan saya tidak tahu, saya sudah berada dalam politik sudah hampir 40 tahun. Nak bahas politik boleh, tapi apa tujuan bahas politik kalau rakyat susah tak makan, tiada kerja.


    “Kalau tugas Perdana Menteri nak jaga kepentingan orang politik sepanjang masa, rakyat akan menangis, susah, makanan tak cukup, gaji tak ada, dibuang kerja, perniagaan pun tak laku sebab orang tidak ada,” kata beliau menyentuh mengenai isu politik yang sedang hangat diperkatakan tatkala negara berdepan dengan cabaran mengekang penularan Covid-19. 


    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu turut bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melupakan 'politik' sebaliknya menumpukan usaha membantu dan membela rakyat.


    “Apa tujuan politik kalau tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat?” katanya. 


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/34HMF7X
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment