loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 28, 2020

    Polis Kelantan rampas 18,000 biji pil kuda di Kampung Ketereh

    Polis Kelantan merampas 18,000 biji pil kuda, 500 gram (g) syabu dan lima botol heroin seberat 24g dengan anggaran nilai RM240,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kereteh di sini pada pukul 9.15 malam Selasa.


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata, serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang ramai berkaitan pengedaran dadah itu, turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berada di rumah tersebut.


    “Kita juga turut menyita wang tunai sebanyak RM4,599 serta sebuah Proton Iriz. Keseluruhan nilai sitaan itu sebanyak RM40,599,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Kelantan di sini, hari ini.


    Sheik Azhar berkata, dalam serbuan awal sebelum itu pada pukul 5 petang di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini, polis juga turut merampas dadah jenis syabu seberat 101.28g bernilai RM10,128 dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun.


    Katanya, pihaknya juga menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR bernilai RM8,000 dan wang tunai sebanyak RM3,500.


    Beliau berkata, polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pembekal dadah tersebut dan kedua-dua suspek direman tujuh hari mulai hari ini hingga 3 Nov, untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/3kw7Zmx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment