Seorang kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan maut selepas stroller yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah.
Xixi sebelum itu keluar bersama dengan ibu bapanya dan difahamkan itu adalah kali pertama dia menggunakan stroller.
Pada jam 4.15 petang, 25 Oktober 2020, tiga sekeluarga itu berada di persimpangan jalan di Ruislip, London dan tiba-tiba datang sebuah kereta lalu merempuh mereka bertiga.
Menurut saksi, pasangan suami isteri itu menangis dan dalam masa sama menjerit mencari keberadaan anak perempuan mereka.
Pasukan paramedik yang dikerahkan ke lokasi kejadian, cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya dan mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Ibu mangsa, 31, cedera di bahagian kaki, manakala suaminya, 30-an, berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, pemandu berusia 40-an itu ditahan kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian, selain memandu di bawah pengaruh dadah. Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan.
Berkata kepada media, ibu mangsa berkata, "Suami saya tolak stroller tu dan tiba-tiba kereta itu datang ke arah kami dan langsung tak sempat nak mengelak.
"Xixi selalu memberikan senyuman yang menawan, pandangan matanya yang penuh dengan kasih sayang dan ceria. Kami tak pernah berhenti memikirkan dia," katanya.
Polis meminta orang awam atau mereka yang mempunyai video rakaman kamera litar tertutup untuk tampil membantu siasatan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/31QwxiJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment