loading...
  • Breaking News

    Friday, October 23, 2020

    (Video) Ibu leka berselfie sampai tak sedar anak lemas

    Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi anaknya dari sebarang bahaya. Tetapi, ketagihan terhadap teknologi pada masa ini selalu membuat manusia lebih mementingkan telefon pintar berbanding anak dan ini termasuklah ibu bapa. 


    Seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini di Indonesia di mana seorang kanak-kanak nyaris lemas dan video kejadian itu viral meluas di media sosial. 


    Menurut sumber, si ibu pada ketika itu terlalu asyik merakam gambar selfie dengan menggunakan smartphonenya sehingga tidak menyedari anaknya terjatuh dan terkapai-kapai meminta bantuan. 


    Sehinggalah orang awam yang berada berhampiran menjerit dan ketika itu barulah si ibu sedar anaknya sudah terjatuh lalu segera menghulurkan tangan untuk membantu anaknya, sementara tangan kirinya masih memegang smartphone. 


    Tetapi, jarak di antara kedua-duanya tidak mungkin dapat dicapai oleh mangsa. Mujur seorang lelaki datang dan terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan mangsa. 


    Mangsa terus ditarik dan dibawa ke tepi kolam, manakala ibunya masih sibuk memegang smartphone sehingga orang lain pula yang terpaksa menghulurkan bantuan. 



    Geram menonton video itu, netizen mengecam si ibu dengan teruk dan mengatakan wanita itu lebih mementingkan smartphone berbanding nyawa anak lelakinya sendiri. 


    Sumber: Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/3meXPaj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment