Sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Pulau Pinang dilarikan dua suspek pada jam 9.40 malam tadi.
Lapor Harian Metro, dua suspek lelaki terdahulu menunggang motosikal masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara dengan menyamar sebagai anggota polis.
Suspek kemudian mendakwa mahu membuat pemeriksaan terhadap MPV tersebut sebelum bertindak melarikan salah sebuah kereta peronda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.
Susulan kejadian itu, polis terus melancarkan gerakan memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air sebelum ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, pada jam dua pagi Ahad, 25 Oktober 2020.
Polis memberkas seorang lelaki dan wanita berusia 20-an dan 30-an di lokasi kejadian.
"Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol dan motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam siasatan," kata sumber.
Kedua-dua suspek kini dibawa ke IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut.
Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi dengan peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.
Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera dashcam dan perakam video ddigital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3mlgPE2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment