Operasi Op Samseng Jalanan yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada petang semalam berjaya menahan 120 penunggang serta pembonceng motosikal.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, operasi itu bermula pada jam 5 petang di Jalan Besar Jelai berhampiran dengan Kampung Jelai.
Sebanyak 42 motosikal disita dan 134 saman dikeluarkan dalam operasi tersebut. Kesemua yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh enam kilometer dari lokasi ditahan sehingga ke Balai Polis Batu Kurau.
"Sebanyak 98 motosikal diperiksa dalam operasi ini, namun tiada tangkapan dibuat bagi mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, begitu juga bagi kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Jumaat (23 Oktober 2020).
Operasi itu turut mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan seperti mengubahsuai secara keterlaluan terutamanya pada bahagian ekzos, tiada nombor plat kenderaan, nombor plat 'fancy' yang jelas menyalahi undang-undang.
Gambar-gambar kesemua yang ditahan terpaksa menolak motosikal itu juga tersebar di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi dan komen dari netizen. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana bertindak tegas dalam menangani samseng jalanan yang banyak membabitkan golongan muda.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/31ypqvm
via IFTTT
No comments:
Post a Comment