Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 55 tahun telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.
"Suspek dikatakan memerlukan wang itu dengan kadar segera dan berjanji akan membayar pinjaman itu pada minggu hadapan, sebaik sahaja urusan membuka restoran tersebut selesai.
"Mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang atas dasar rakan lama dan membuat dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak dua kali pada hari sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa ditipu selepas menghubungi rakan lamanya itu pada 4.15 petang untuk bertanya lebih lanjut mengenai restoran berkenaan, namun dimaklumkan dia tidak pernah meminjam wang tersebut.
Seterusnya, rakannya itu memaklumkan dompet dan telefon bimbitnya hilang beberapa hari lalu dan individu yang mengambilnya mungkin telah memperdayakan mangsa.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran dekat sini, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/3mBJWU0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment