loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 27, 2020

    Isteri minta izin suami keluar bekerja, mati dibunuh skandalnya & mayat dicampak dalam sangkar buaya

    Rabu, 21 Oktober 2020, penduduk di Daerah Mayang Mangurai, Kalimantan Timur, Indonesia digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita muda, Fransisca Wahyu Retno Panuntun, 23, yang dibuang ke dalam sangkar buaya. 


    Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan mulut dan tangannya diikat serta separuh bogel dipercayai mati dibunuh.


    Siasatan awal polis mendapati, Fransisca bekerja di sebuah kafe di mana dia dan suaminya merantau dari Jawa ke Kalimantan untuk mencari pekerjaan. Pasangan itu juga mempunyai seorang bayi berusia sembilan bulan. 


    Menurut keterangan suaminya, Fransisca keluar dari rumah pada Selasa, 20 Oktober 2020, kira-kira jam 10 malam dan sejak dari itu isterinya tidak pulang ke rumah dan ditemui mati di dalam sangkar buaya pada keesokan hari. 


    25 Oktober 2020, suspek yang disyaki membunuh mangsa berjaya ditahan di asrama kakaknya. Jurucakap Polis Kalimantan Tengah, Teguh Triyono berkata, suspek merupakan pasangan curang mangsa yang bernama Ricky Ashary. 


    Ketika disoal siasat, Ricky mengakui dia telah membunuh Fransisca yang telah hamil dan memintanya untuk bertanggungjawab. Ricky enggan berbuat demikian lalu membunuh mangsa dengan menjerut lehernya menggunakan tali sehingga mati. Mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sangkar buaya dan Ricky terus menghilangkan diri.


    Sebelum pembunuhan itu berlaku, Ricky dan Fransisca sempat melakukan hubungan intim dalam kereta selepas minum. 


    "Sebelum berlaku pembunuhan, mereka membeli minuman dan melakukan hubungan **** dalam kereta. Setelah itu, mereka bersiar-siar dan suspek membeli tali dari sebuah kedai untuk membunuh mangsa," katanya. 


    Polis turut merampas beberapa bahan bukti seperti telefon bimbit mangsa dan suspek untuk siasatan lanjut. 


    Sumber: Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/3e1wENi
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment