loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 31, 2020

    (Video) Anjing dirantai di luar kedai daging menunggu untuk disembelih, diselamatkan orang awam


    Seekor anjing baka American Eskimo Dog yang dipercayai dicuri, ditemui di luar sebuah kedai menjual daging anjing di Jilin, timur laut China, berjaya diselamatkan orang awam. 


    Kisah mengenai anjing comel itu viral di media sosial minggu lalu setelah pemilik barunya berkongsi mengenai kisahnya dan menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang melindungi haiwan. 


    Video viral itu menunjukkan anjing tersebut pada awalnya kelihatan sedih seperti mengetahui dirinya bakal disembelih untuk dijadikan sebagai santapan buat manusia durjana. 



    Apabila didekati oleh perakam, dia menghulurkan kaki kanannya walaupun kelihatan takut. Ketika ditemui, kaki anjing itu diikat dengan rantai besi.


    "Tengok betapa takutnya dia ketika menunggu untuk disembelih di kedai daging anjing dan betapa berharapnya dia diselamatkan," tulis pemiliknya pada kapsyen video tersebut yang dimuat naik di laman Douyin, yang menyerupai Tik Tok versi China. 


    Setelah diselamatkan pada 26 Oktober 2019, anjing itu diberi nama Yuan Yuan yang kini merupakan haiwan peliharaan yang sangat ceria dan suka memberi 'senyuman' kepada orang. 



    Wendy Higgins dari NGO kebajikan haiwan percaya Yuan Yuan telah dicuri dari bekas pemiliknya sebelum dibawa ke Jilin. 


    "Anjing dalam video itu memberi respon kepada manusia apabila didekati dengan menghulurkan kakinya, itu petanda dia pernah menjadi haiwan perliharaan, berkemungkin dicuri untuk disembelih dan dijual di pasaran. 


    "Haiwan perliharaan di Asia terutamanya anjing dan kucing perlukan undang-undang yang kuat untuk melindungi mereka dari aktiviti zalim ini. Ini satu-satunya cara untuk menghentikan mereka dari menderita," katanya. 



    Sementara itu dalam kejadian berasingan, secara kebetulan seekor anjing yang kelihatan seperti Yuan Yuan juga telah diselamatkan NGO yang sama pada tahun lalu yang ditemui di luar kedai menjual daging anjing di Jilin dengan keadaan persekitarannya juga hampir serupa. 


    Anjing yang diberi nama Lily itu kini tinggal dengan pemiliknya di Amerika Syarikat. Semasa ditemui, Lily diikat dan dibiarkan baring di lantai berlumpur sebelum ditemui oleh ahli NGO berkenaan, Dr Li dan rakannya tertarik melihat anjing tersebut. 



    Dr Li kemudian berbincang dengan pemilik kedai itu yang kemudian bersetuju melepaskan Lily lalu dibawa masuk ke dalam kereta. Ketika diberi mandi dan makan, Dr Veterinar mendapati Lily bukan sahaja peramah tetapi juga tahu cara membuka pintu menunjukkan dia mungkin haiwan peliharaan yang telah dicuri. 


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/35Ti6vo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment