Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang anak hancur berkecai apabila kakitangan sebuah hospital melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kepala bayi terputus.
Dalam kejadian yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, utara Brazil, beberapa doktor dikatakan telah memaksa ibu muda berkenaan yang berusia 26 tahun meneran keluar bayinya. Sedangkan wanita hamil itu dijadualkan untuk bersalin secara pembedahan.
Suami mangsa berkata, isterinya yang hamil lapan bulan tiba di hospital itu pada jam 6 pagi untuk menjalani pembedahan Caeserean. Setelah menunggu selama tiga jam, dia dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara normal.
Terdahulu, pihak hospital di bandar Qurem memberikan pasangan itu surat yang menyatakan anak pasangan itu hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana bayi yang dikandung itu mengalami masalah kesihatan dalam kandungan.
"Apabila kami tiba di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya bersalin secara normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan," kata si suami.
Selepas itu, si ibu hamil dibius dan sisa badan bayinya yang masih berada dalam rahim dikeluarkan secara pembedahan.
Si ibu dimaklumkan mengenai kematian bayinya itu, tetapi tidak diberitahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Pasangan berkenaan dimaklumkan oleh salah seorang anggota perubatan, bayi mereka sudah meninggal dunia semasa dalam kandungan, sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.
Satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.
Sumber: Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3dL19XT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment