loading...
  • Breaking News

    Monday, October 26, 2020

    Sambil gendong anak, suami cekup isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam bilik sewa

    Hati suami mana yang tidak terkilan apabila melihat pasangannya curang. Apatah lagi ketika anak mereka yang masih kecil memerlukan kasih sayang penuh dari ibunya.


    Itulah nasib yang dialami oleh seorang lelaki berusia 38 tahun di Kota Kediri, Indonesia di mana dia sendiri mencekup isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik sewa.


    Ketika dia sedang sibuk menguruskan anak di rumah, isterinya pula berseronok bermadu asmara dengan lelaki lain.


    Difahamkan, si isteri berusia 28 tahun itu memaklumkan kepada suami yang dia mahu keluar tetapi tidak menyatakan destinasi atau halatujunya. Sehingga ke lewat malam, si isteri masih belum pulang ke rumah membuatkan suaminya bimbang dan curiga lalu keluar mencari ibu kepada anaknya itu. 


    Setelah mendapat maklumat keberadaan isterinya, si suami yang membawa anaknya bersama terus pergi ke sebuah bilik sewa dan mendapati pintu bilik itu tertutup. Ternyata di dalam bilik itu ada isteri dan pasangannya yang curang.


    Keadaan menjadi heboh dan penduduk di sekitar mula datang mengerumuni untuk melihat apa yang berlaku. Malah ada yang membantu si suami dan menyerbu bilik tersebut dan nyaris membelasah lelaki perosak rumah tangga itu. 


    Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana penduduk segera menghubungi pihak polis yang tidak beberapa lama kemudian datang ke lokasi dan pasangan curang itu dibawa ke Balai Kota Kediri. 


    Jurucakap polis Kota Kediri, Nur Khamid berkata, pihaknya telah memberi nasihat kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes curang dan perselisihan faham itu dengan cara baik.


    Sementara itu, pemilik rumah sewa tersebut juga akan dipanggil untuk memberi keterangan. Sekiranya didapati ada unsur pemilik membiarkan maksiat berlaku di premisnya, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemilik berkenaan.


    Sumber: Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/37OmPBv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment