loading...
  • Breaking News

    Tuesday, March 2, 2021

    (Video) 'Macam ni nak minta hantaran RM20K?? Seram!' - Owner kesal, penyewa cantik tapi bilik penuh dengan sampah


    Viral di media sosial, video keadaan sebuah bilik sewa yang dipenuhi dengan sampah sarap, longgokan pakaian bagai mengundang pelbagai reaksi netizen yang berasa jijik dengan keadaan bilik itu. 


    Video berdurasi hampir seminit yang dipercayai dirakam oleh pemilik rumah sewa itu dan dalam masa yang sama meluahkan rasa kecewanya terhadap penyewa rumahnya yang tidak bertanggungjawab serta tidak menjaga kebersihan bilik. 


    "Dalam hidup kita, tak kisahlah kita ni miskin ke, kaya ke, handsome atau tak, cantik atau tak, pandai atau tak, yang penting kebersihan kena jaga. 


    "Nampak ni? Belajar tinggi-tinggi, kerja bagus, gaji 4-5 ribu tak lari, tapi benda paling basic, bilik Ya Allah... macam ni? 


    "Ingatlah, tak kisahlah kita ni macam mana sekalipun jagalah kebersihan. Bilik kita, tempat tidur kita kena jaga. Jangan sampai jadi macam ni. 


    "Ini memang kisah benar, memang dirakam khas untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada anda semua. Tolonglah jaga kebersihan. Jangan jadi seperti ini," kata lelaki dalam video tersebut. 



    Berdasarkan video tersebut, netizen tidak menolak kemungkinan bilik itu dihuni oleh penyewa wanita.


    "Macam manalah dia boleh tidur, makan dalam keadaan camtu? Entah mana satu baju kotor pun tak tahu. Semua kasi masuk plastik sampah, ikat cantik-cantik dan lepas tu bakar. Buang suwey. Memang suwey penyewa camni," kata netizen. 


    "Ini segala jenis kuman ada ni. Nak nak dekat plastik sampa kotak KFC tu. Tapi aku rasa ini bilik tinggal ni, tak mungkin ada manusia duduk kat bilik macam tu kecuali yang ada masalah mental je boleh duduk kat bilik tu," tambah netizen lain.



    from The Reporter https://ift.tt/2OevYvc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment