loading...
  • Breaking News

    Monday, April 19, 2021

    'Ada kesan lebam di pipi, dahi & tangan' - Bayi 8 bulan maut, disyaki didera


    Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan, meninggal dunia selepas diserahkan ibu bapa angkat kepada bapa kandungnya. Mangsa, Muhammad Danish, disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 28 Mac 2021. 


    Menurut Mohd Nizam Jalamudin, 33, berakta, mangsa dijaga oleh ibu bapa anngkatnya sejak dari Oktober 2020 hingga Januari 2021 yang ketika itu berusia dua bulan sebelum diserahkan kepada bapa kandungnya yang memberi alasan datuk Danish mahu melihat cucunya itu. 


    Tetapi pada jam 11 pagi, 24 Mac 2021, Mohd Nizam menerima panggilan dari bapa mangsa yang memaklumkan bayinya kini berada dalam keadaan koma akibat terjatuh dari sofa. 


    Bagaimanapun, Mohd Nizam berasa curiga selepas membaca laporan doktor yang ada mengatakan Danish disyaki didera berdasarkan penemuan kesan lebam di bahagian dahi, pipi dan tangan kanan, selain pendarahan dalam kepala. 


    Setelah diselidik, mangsa sebenarnya telah diserahkan kepada sebuah keluarga lain. Hal ini menyebabkan Mohd Nizam nekad membuat laporan agar polis menjalankan laporan terperinci. 


    "Kami jaga Danish dengan sepenuh kasih sayang dan menganggapnya seperti anak sendiri walaupun hanya menjaganya selama empat bulan. 


    "Kami ragu dengan kematiannya dan mahu polis menyiasatnya dengan terperinci. Kami hanya mahu keadilan untuk dia dan mahu tahu punca sebenar kematiannya.


    "Saya tidak pasti apa motif keluarga berkenaan mahu menjaga Danish, sedangkan suami dan isteri berkenaan tidak bekerja serta mempunyai anak-anak yang masih kecil. 


    "Baru-baru ini saya terserempak dengan keluaga berkenaan yang memarahi saya kerana masuk campur dalam kes kematian Danish," katanya. 


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan saksi sudah dipanggil untuk diambil keterangan serta sedang menunggu laporan bedah siasat. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3ecLSj8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment