loading...
  • Breaking News

    Friday, April 16, 2021

    Polis buru pelakon & penerbit video judi sempena hari raya

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum mengenai video viral lagu raya yang mempromosi judi online, diterbitkan syarikat perjudian berkenaan. Pihak polis kini sedang giat mengesan pelakon dan penerbitnya. 


    Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, isi kandungan video itu jelas melanggar undang-undang dan mengundang kegusaran orang awam. 


    BACA: (Video) 'Promosi judi online pale otak diorang!' - Netizen bengang syarikat judi buat lagu raya ajak umat Islam berjudi


    Beliau berkata, pihaknya kini sedag mengesan mereka yang terlibat dalam video itu dan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka. 


    PDRM juga akan menghubungi Suruhanjaya Multimedia Malaysia untuk tampil membantu siasatan. Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan video itu bagi mengelakkan kemarahan orang awam. 


    Sementara itu, SKMM telah menghubungi penyedia platform tersebut seperti Facebook, Twttter dan YouTube untuk memadamkan kandungan itu. 


    Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS | Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3dniibl
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment