Meskipun telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, masih ada netizen yang melemparkan komen-komen negatif terhadap para pelakon video judi online. Bagi Saif Yunus, 24, dia tetap memilih untuk memaafkan netizen yang berbuat demikian dan enggan menegakkan benang yang basah.
"Walaupun saya sudah memohon maaf sebelum ini, netizen masih nampak salah dan buruk. Tetapi saya tetap mahu membersihkan nama. Saya cuba untuk jelaskan agar semua faham, namun jika masih ada yang tak faham, nak buat macam mana? Apa yang penting saya telah melakukan perkara yang sepatutnya.
"Dalam masa yang sama, saya bersyukur sebab dapat lihat yang mengecam ini sebenarnya mereka menegakkan perkara yang betul iaitu aktiviti perjudian ini adalah salah dan berdosa di sisi agama Islam. Jadi, nak cakap mereka jahat sebab kecam saya tak boleh juga. Malah lebih bersyukur perkara ini terjadi dalam bulan Ramadan.
"Apa saja kata-kata atau kecaman dari rakyat Malaysia, saya maafkan mereka. Saya tidak akan menegakkan benang yang basah. Ini pengajaran terbesar dalam hidup saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Apatah lagi ini pengalaman pertama dan menjadi sejarah dalam hidup.
"Setiap orang ada ujian berbeza. Saya terima ujian ini pada umur 24. Saya rasa bertuah kerana perkara ini menjadi pengajaran awal untuk saya terus maju dalam bidang lakonan. Bukan semua dapat ujian awal macam saya.. Jadi pada masa hadapan saya sudah tahu apa yang boleh dan tidak.
"Sejujurnya tiada niat nak dikenali. Saya memang tidak tahu menahu mengenai iklan ini pada awalnya sehingga ia tular. Selepas itu baru tahu perkara ini sangat teruk kerana ia membabitkan agama Islam.
"Perkara ini saya tidak dirancang, malah jauh sekali untuk tujuan promosi diri semata-mata untuk tular dan dikenali. Kalau tahu dari awal mengenai kandungan iklan ini, memang saya tolak. Saya orang Islam dan tahu soal halal dan haram," katanya.
Saif juga memaklumkan, pihak produksi juga tidak memohon maaf kepadanya secara berdepan biarpun berjumpa di balai polis. Sebaliknya, mereka hanya mendiamkan diri.
Pada waktu ini, Saif berada di rumah bersama keluarganya dan berharap keadaan kembali reda. Ahli keluarga dan rakannya turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan ketabahannya menghadapi perkara mendatang.
"Sampai saya menangis setiap kali berdoa kepada Allah sebab kita tahu ujian yang berlaku ini daripada Allah SWT. Dalam hati saya serahkan semua kepada Allah. Saya yaking selepas ini Allah nak bagi banyak lagi. Kalau tidak ada ujian, hidup akan menjadi tunggang langgang. Insya Allah apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3aoZE12
via IFTTT
No comments:
Post a Comment