loading...
  • Breaking News

    Wednesday, April 14, 2021

    'Kalau saya isi & approve-kan permohonan Enter Sarawak, saya caj RM130 seorang' - Individu kenakan caj haram bagi anak Sarawak yang mahu pulang ke kampung


    Sehingga kini, kerajaan masih mengekalkan larangan rentas negeri bagi mengekang penularan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan ketara terutamanya di kawasan red zone. 


    Umum tahu, individu berasal dari Wilayah Sarawak dan ingin pulang ke kampung perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk mengisi borang online Enter Sarawak di laman sesawang Sarawak Disaster Management Commitee (SDMC). 


    Di media sosial, tampil seorang netizen (Sarawakian) mendedahkan ada individu yang tidak bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan mengisi borang Enter Sarawak berserta dengan kelulusan segera dengan harga yang tidak munasabah. 


    Pengadu terdahulu menghubungi individu terbabit untuk bertanyakan cara-cara mengisi borang tersebut dan tidak semena-mena diberi harga caj perkhidmatan. 


    "Sebelum saya cuba isi Enter Sarawak, saya ada cuba menghubungi seorang hamba Allah dalam group ini juga. Dia ada buat iklan, sesiapa yang nak isi Enter Sarawak, boleh menghubungi dia. 


    "Saya pun cubalah menghubungi dia dan bertanya macam mana cara nak mengisi borang tersebut. Sekali dia terus memberi harga caj perkhidmatannya. 


    "Dia kata, kalau isi sendiri, RM45 seorang dan jika dia yang tolong isi dan terus diberi kelulusan, RM130 seorang. Kalau ramai, dia caj RM100 seorang. 


    "Terbeliak mata saya baca mesej dia. Harga yang diberi langsung tak masuk akal. Kemudian saya balas, saya perlu tanya mak saya dulu," katanya yang turut menyertakan screenshot perbualan mereka berdua di WhatsApp. 



    "Kepada yang buat mengambil kesempatan membuat 'bisnes' menggunakan Enter Sarawak, tak payahlah nak cekik darah orang sangat. Kesian kat orang yang nak balik Sarawak, yang guna duit banyak. 


    "Sudahlah tiket penerbangan mahal, isi Enter Sarawak (dengan malaun) perlu dibayar dengan harga kayangan. Ya faham, bukan mudah nak isi Enter Sarawak tetapi bersimpatilah dengan orang yang nak balik itu. Kalau bukan kerana urusan penting, tak ada diorang nak balik kan. Lagi-lagi kes Covid-19 di Sarawak semakin meningkat dan kuarantin 14 hari," katanya. 


    Pengadu menasihatkan mana-mana penduduk Sarawak yang mahu pulang ke kampung cuba mengisi Enter Sarawak itu sendiri terlebih dahulu. Sekiranya menghadapi masalah, bertanyalah kepada ahli group lain yang sentiasa ada untuk membantu. 


    Jangan sesekali menggunakan perkhidmatan orang tengah atau orang yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang. SDMC perlu menyiasat perkara ini yang jelas sekali melibatkan kelulusan segera dan berkemungkinan  melibatkan orang dalam.


    Sumber: RSS Sarawak Di Semenanjung



    from The Reporter https://ift.tt/3dhsD8K
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment