loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 24, 2021

    'Aku tak nak anak kembar ni, aku dah tak tahan!' - Ibu tikam anak kembar dengan pisau


    Seorang wanita di New York didakwa di mahkamah atas pertuduhan menikam dua anak kembarnya (lelaki dan perempuan) sehingga mati. 


    Danezja Kilpatrick, 23, didakwa membunuh Dakota (anak lelaki) yang ditemui mati dalam keadaan pisau masih terpacak di kepalanya sebelum mayat mangsa ditemui polis di kediaman suspek di Woodside, Queens. 


    Apabila disoal mengenai keberadaan anak kedua (Dallas), Kilpatrick memaklumkan mayat Dallas diletakkan di bawah sinki. Sebaik diperiksa, mayat Dallas ditemui dalam keadaan dibalut dengan selimut berwarna merah jambu.


    Gambar dua beradik kembar yang masih bayi itu juga tersebar di media sosial, mengundang banyak reaksi sedih netizen. Gambar dua beradik kembar itu yang baru dilahirkan pada Mac lalu dimuat naik oleh ahli keluarga Kilpatrick sendiri dengan kapsyen, "Tahniah kepada kakak saya, Danezja, yang selamat melahirkan anak kembar, Dallas dan Dakota Kilpatrick. Saya tumpang gembira". 


    Difahamkan, salah seorang saudaranya menghubungi pihak berkuasa untuk memeriksa ibu berusia 23 tahun itu setelah dia didapati cuba mengelak untuk menjawab soalan di mana keberadaan dua beradik kembar berkenaan. 


    Apabila polis tiba di lokasi kejadian, si ibu kelihatan gelisah dan berkata, "Saya tidak mahu mereka. Saya dah tak tahan lagi," katanya. 


    Paramedik kemudian mengesahkan dua beradik kembar itu telah meninggal dunia. Polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian dan Kilpatrick ditahan untuk siasatan lanjut. 


    Salah seorang jiran, Janelis Perez, 31, jiran memaklumkan Kilpatrick baru saja berpindah ke rumah itu bulan lalu. Pada hari kejadian, dia langsung tidak mendengar apa-apa yang mencurigakan. 


    Kilpatrick didakwa atas dua pertuduhan membunuh, bertindak secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak dan memiliki senjata secara tidak sah. 


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/32J89j7
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment