loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 13, 2021

    'Nak duit untuk adik, nak pergi sekolah' - Pasangan terkejut, budak datang rumah jam 1.30 pagi nak minta bantuan.. tapi...


    Kehadiran seorang kanak-kanak perempuan pada awal pagi di hadapan rumah keluarga ini menimbulkan banyak tanda tanya. Apakah dia benar-benar meminta bantuan atau ada sekumpulan penjenayah yang sedang menunggu jerat dimasuki pelanduk? 


    Pada awalnya, ketua keluarga ini tidak mengesyaki apa-apa dan mahu menghulurkan sedikit wang untuk membantu. Tetapi firasat isterinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu dia menghalang suaminya dari keluar rumah. 


    Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran dan layak dipertikaikan kerana taktik yang digunakan lebih kurang seperti pili utama ditutup menyebabkan penghuni rumah perlu keluar untuk membuka pili itu semula. Dalam kesempatan itulah penjenayah akan datang menyerbu melakukan onar. 


    Adakah kanak-kanak perempuan dalam cerita ini merupakan sebahagian dari taktik penjenayah untuk mengaburi mangsanya?


    Taktik atau memang terdesak? 


    Jam 1.30 pagi tadi dalam keadaan hujan lebat dan gelap, sayup-sayup kedengaran suara budak memberi salam. 


    "Assalamualaikum... Assalamualaikum..." 


    Masa itu, semua sudah lena diulit mimpi, tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Pada mulanya memang tak layan, tetapi disebabkan sudah terlalu lama, bangunlah cepat-cepat menjawab salam itu. 


    Dalam hati, "Ke dah lewat bangun pagi ni?". Mesti kelam kabut nak pergi kerja dan anak-anak nak sekolah. Saya kejutkan Abam Bomba, cakap ada orang kat depan bagi salam. 


    Dalam keadaan mamai-mamai, tengok jam baru menunjukkan 1.30 pagi. Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 12-13 tahun berada di depan rumah, mengoncang pagar. Dalam hujan lebat, bercakap pun terpaksa jerit-jerit. Nak minta tolong sikit katanya, nak minta duit belanja.. adik nak sekolah. 


    Kami: "Datang dengan siapa?" 


    Dia: "Dengan mak. Mak ada, tapi tunggu dalam kereta. Ni datang nak minta tolong, nak duit sikit untuk adik nak sekolah."


    Abam Bomba yang dengar kata-katanya itu terus ambil kunci rumah dan duit, nak diberi kepada budak itu. Tetapi saya rasa tak sedap hati. Terus pegang tangan Abam Bomba, halang dia dari keluar.


    "Abang, cuba fikir. Kalau ye pun susah, takkan datang jam 1.30 pagi? Dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi. 


    "Kalau dia susah, takkan boleh naik kereta? Dia cakap dia datang dengan mak dia. Habis, kenapa mak dia tak turun sekali? Kenapa mak dia tunggu dalam kereta saja? Dah kenapa kereta dia tak parking betul-betul depan rumah kita?"


    Abam Bomba terdiam, terus batalkan niat. Cuma dia cakap dia kasihan tengok budak itu. Saya tetap menghalangnnya keluar dari rumah. Bimbang hal lain pula yang terjatuh nanti. 


    Saya suruh budak itu menunggu di dalam kereta dan akan menghubungi polis untuk beri bantuan kepada dia. 


    Dia: "Nak duit untuk adik nak pergi sekolah.." katanya lagi. 


    Last saya cakap, kalau tak pergi juga, saya akan call polis. Pelik, pagi-pagi buta datang rumah orang minta bantuan. 


    Abam Bomba sekali lagi nak keluar, nak tolong dia dan hanya nak bagi duit saja. Lepas tu nak masuk balik. 


    Aduh Abam Bomba.. Saya cakap,


    "Abang, sebenarnya banyak kes jenayah macam ni. Bila orang jawab salam, kita dah keluar rumah, pintu dah terbuka. Adalah datang geng yang dah standby dalam kereta menyerbu kita. Masa tu, apa yang kita nak buat? 


    "Nak minta tolong memang tak sempat dah. Jerit minta tolong pun orang tak dengar. Jadi, lebih baik jangan mengambil risiko." 


    Selepas tu, suruh budak itu tadi menunggu di dalam kereta, sebab nak call polis. Terus dia pergi. Call talian 999, polis kata kami mengambil tindakan yang betul iaitu jangan keluar rumah dan menunggu pihak polis peronda datang ke lokasi untuk membuat rondaan. 


    Allah, hanya Dia maha mengetahui segalanya. Lebih kurang jam 2.30 pagi polis dari Balai Polis Dearah Kuantan call dan datang membuat rondaan. 



    Sumber: Azmija



    from The Reporter https://ift.tt/3uLswYV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment