loading...
  • Breaking News

    Friday, April 23, 2021

    (Video) 'Pisa mu mano?!' - Suspek pecah rumah dibelasah penduduk kampung, merayu meminta belas kasihan


    Seorang lelaki dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa individu bagaikan tiada hari esok, di tepi jalan kerana dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut yang mengundang kemarahan penduduknya. 


    Video kejadian yang dirakam oleh orang awam berdurasi 6 minit 34 saat itu juga viral di media sosial. Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Tumpat, Kelantan.


    Video menunjukkan dua lelaki memukul suspek terbabit menggunakan kayu berkali-kali tanpa belas kasihan dan mendesaknya menyerahkan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek kemudian akur dan mengambil pisau yang telah dibuangnya sebelum itu dan diserahkan kepada penduduk. 


    Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan cara sekumpulan penduduk itu menangani masalah itu menggunakan kekerasan kerana bimbang suspek mengalami kecederaan yang boleh menyebabkan maut. 



    "Alahai orang kampung ni pun over. Masing-masing nak tunjuk hero. Jangan pukul dia dulu, kita tahu dia bersalah pecah masuk rumah dan mencuri. Tangkap dan ikat sahaja, kemudian serahkan ke balai. 


    "Bulan puasa ni jangan nak tunjuk pandai. Nanti mati pesalah tu, orang kampung ramai-ramai ditangkap dan berayalah korang dalam lokap. 


    "Cuba kalau ahli keluarga korang yang kena pukul camni, apa perasaan korang," kata Bellamy, bukan nama sebenar. 


    "Semoga Allah membalas balik 100 kali ganda kepada yang memukul. Kau ingat dia anak patung ke? Dah dapat tangkap, ikat dan call polis. Kalau nak pukul, guna tangan sudah," kata Fernando, juga bukan nama sebenar. 


    "Dua kali saya ulang viddeo ni. Saya ingat dia cari pisang. Dia sebut 'pisang.. pisang', rupanya pisau!" patutlah, di Kelantan jadinya 'pisa'," kata Monkey D. Luffy, bukan nama sebenar di duniawi. 


    Pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang awam tidak boleh mengambil tindakan berlebihan terhadap penjenayah. Sebalik hanya boleh menangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


    Ini kerana, perbuatan membelasah suspek kes jenayah boleh menyebabkan kematian yang tidak disengajakan dan akhirnya orang awam yang terbabit dalam kes itu boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh. 


    Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



    from The Reporter https://ift.tt/32F1831
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment