Majikan kepada tukang masak yang mati dibunuh rakan serumahnya tampil menafikan dakwaan suspek utama kononnya mangsa sering membulinya di tempat kerja.
Menurut majikan berkenaan, mangsa, tukang masaknya yang berusia 20 tahun itu adalah kakitangan yang amat disenangi oleh rakan sekerja.
Jelasnya, suspek utama sebenarnya telah dipecat pada pertengahan Mac lalu selepas menimbulkan kekecohan di tempat kerja.
"Dia dipecat kerana menghunus pisau pada rakan sekerja. Dia telah bekerja di sini sebagai pencuci pinggan selama seminggu atau dua minggu. Perangai suspek juga teruk dan mendakwa dirinya dibuli.
"Sedangkan mangsa sebenarnya amat disenangi oleh rakan sekerjanya yang lain," katanya.
Tambahnya lagi, mangsa yang bersetuju dan membenarkan suspek tinggal bersama dengannya. Malah mangsa juga menolong dia membayar sewa ketika suspek mengadu tiada wang.
Dalam laporan sebelum ini, suspek mendakwa dia sering dibuli oleh mangsa di tempat kerja sehingga menimbulkan rasa dendam lalu mengajak beberapa rakannya yang lain untuk membunuh mangsa pada Ahad lalu.
Mangsa dipercayai dijerut dengan kabel elektrik sebelum diheret ke tandas dan lehernya ditikam dan dikelar. Mayat mangsa kemudian ditemui di tepi jalan dalam beg pakaian.
Sumber: The Star
from The Reporter https://ift.tt/2QobSAb
via IFTTT
No comments:
Post a Comment