loading...
  • Breaking News

    Friday, April 16, 2021

    'Kalau kau sebut PKP kat Sarawak, aku bunuh kau!' - Kanak-kanak ugut bunuh Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam video live


    Seorang kanak-kanak lelaki memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang ketika itu sedang membuat sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook. 


    Terdahulu, Amar Douglas yang juga merupakan Pengerusi Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) memaklumkan situasi terkini Covid-19 di Wilayah Sarawak.


    Di ruangan komen Facebook Live, kanak-kanak lelaki terbabit dikesan memuat naik komen berbaur ugutan bunuh terhadap Amar Douglas. 


    "Kalau kau sebut PKP kat Sarawak, aku bunuh kau Unggah. Jom penuhkan emoji marah di sini, sembolik #NOPKPINSARAWAK," tulisnya. 


    Semakan awal mendapati, kanak-kanak berkenaan masih lagi bergelar pelajar di sebuah sekolah rendah di Kuching. 


    Ramai netizen yang mengkritik tindakannya yang tidak berasas itu dan mula menuding jari pada ibu bapanya yang dikatakan tidak mengawal selia penggunaan media sosial pada anak. 


    Namun, tampil seorang individu menjelaskan bahawa, kanak-kanak itu merupakan pelajar pendidikan khas (autisme) dan meminta netizen tidak terburu-buru menghentamnya di media sosial. 


    "Untuk info semua, budak ini pelajar PPKI, autisme, tingkatan 1 sekolah pendidikan khas. Saya kenal budak ni, cuma tak rapat. Harap semua kurangkan komen negatif. 


    "Budak ini di luar kawalan ibu bapanya. Kasihan, mak dia kerja di Hospital Umum Sarawak (HUS). Biar pihak berwajib yang ambil tindakan," katanya yang juga menjelaskan kanak-kanak itu obses dengan politik. 


    Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak terlalu awal memberi anak mendaftar akaun media sosial kerana bimbang perkara sebegini berlaku di kemudian hari yang akhirnya membawa bencana pada diri sendiri. 


    Tidak salah memberi anak dekat atau mengenali teknologi agar tidak ketinggalan tetapi ibu bapa perlu memantau penggunaan mereka supaya tidak terjebak dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. 


    Sumber: Red Parrot



    from The Reporter https://ift.tt/3tpwean
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment