"Saya baru nak berniaga, majlis dah rampas barang," demikian kata lelaki yang merakam video sekumpulan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sedang menutup kanopi gerainya yang menjual air tembikai.
Difahamkan, pengadu, Shaz, merupakan pemandu bas persiaran yang sudah setahun tidak bekerja dan cuba mencari rezeki dengan menjual air tembikai di kawasan yang tidak dinyatakan, bersama dengan beberapa lagi pengusaha gerai kecil-kecilan yang lain.
"Saya hanyalah manusia biasa yang tak lari dari kesalahan. Tapi apa salahnya saya hanya mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup di bumi Allah, dalam bulan yang mulia ini.
"Kehidupan semakin hari semakin tertekan dalam keadaan sekarang. Hanya apadaMu Ya Allah, aku mohon Kau jentiklah hati pihak berkuasa ini bukalah mata mereka. Sedangkan kami hanya mencari rezeki yang halal.
"Kami memohon Sultan ataupun menteri-menteri pandanglah kami rakyat yang sangat-sangat tertekan. Dengan hanya bermodalkan RM250 untuk meneruskan kehidupan kami anak beranak. Patutkah kami umat Islam berniaga dilakukan sebegini?" soalnya.
Berdasarkan video berdurasi 13 minit itu, Shaz mendakwa anggota penguat kuasa MBSA datang ke lokasi dan merampas kanopi dan meja para peniaga di kawasan itu susulan mendapat laporan dari pihak persatuan yang membuat aduan.
Walaupun tidak dinyatakan nama individu yang membuat laporan itu, Shaz berkata dia pada hari kejadian ternampak lelaki itu berulang kali melalui jalan yang sama sebanyak beberapa kali sebelum datangnya penguat kuasa MBSA.
Berbeza pula dengan reaksi netizen yang meminta pengadu tidak berlakon menjadi mangsa kerana tindakannya 'memacak' gerai di atas tempat parkir adalah jelas bercanggahan dengan undang-undang.
"Try pacak atas rumput. Itu tempat letak kereta. Kita kena fikirkan orang lain juga. Seperkara lagi, bulan puasa ni carilah rezeki tanpa buat orang marah," kata Johan.
"Berniaga di tempat yang salah ni, tolong jangan claim victim tuan," tambah Solihin.
"Kami memang bersimpati tetapi kenapa pengadu tak apply tapak bazar? Itu kan kawasan parking bro. Penguatkuasa buat kerja, kalau depa tak buat kerja, hangpa kata dia makan gaji buta. Sekarang dia dah buat kerja, hangpa kata dia takde hati perut," kata Nooriman.
"Nak cari rezeki kena ada caranya, bukan main pacak je. Saya dulu pun cari rezeki macam dalam video ini juga. Tapi saya ikut saja apa arahan mereka sebab mereka juga bekerja dan mengikut arahan pihak atasan. Ikutkan hati, diorang pun tak sampai hati nak rampas. Tapi mungkin dah 2-3 kali warning tak diendahkan, maka mereka pun jalankan tugas," kata Sazali.
"Salah sendiri pastu nak kata penguat kuasa MBSA salah. Dah terang-terang hang meniaga pacak meja dalam parking lot. Pastu dok cakap ulang-ulang. Orang tau la hang bekas pemandu bas persiaran tak ada kerja.
"Nak meniaga untuk sambung kelangsungan hidup tetapi meniaga biar kena dengan cara dan ikut undang-undang. Salah tetap salah, depa hanya menjalan tugas. Hang dah besar bro, takkan takleh fikir meniaga di parking lot itu adalah satu kesalahan," kata Muhammad.
Sumber: FB Shaz
from The Reporter https://ift.tt/3n6yaCj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment