Seorang ibu didakwa membunuh tiga anaknya sendiri hanya kerana dia merasakan dirinya tidak pernah menjalani kehidupan yang bahagia.
Wanita bernama Selma Cice, 27, menikam anaknya Mehmet Emin, 10, Semanur, 8, dan Mahmut, 4 menggunakan pisau.
Selma mengaku dia berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan anak-anaknya dari terjerumus ke dalam penderitaan yang sedang dialaminya.. Lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh ketiga-tiga mangsa di rumah mereka di daerah Yuregir, Adan, Turki.
Ada beberapa jiran terdengar jeritan mangsa, terus bergegas datang dan cuba memasuki rumah itu, tetapi berkunci. Mereka kemudian menghubungi suami Selma, Cabbar tiba tidak beberapa lama selepas itu.
Sebaik saja pintu dibuka, Cabbar mendapati tiga anaknya sudah mati dibunuh manakala Selma hanya mengalami kecederaan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 21 Oktober 2018. Selma dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
"Saya tidak pernah mengalami hari bahagia dalam hidup saya. Seluruh hidup saya berada dalam keadaan menderita. Dah lama saya terfikir untuk bunuh diri," kata Selma.
Mayat tiga beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di kawasan Gecitli, selepas dibedah siasat.
Ketika perbicaraan di mahkamah, pendakwa raya yang telah meneliti semua bukti kes meminta Selma dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana sengaja membunuh.
Dalam pembelaannya, Selma mendakwa suami dan keluarganya pernah menggunakan kekerasan terhadapnya menjadi punca dia berkelakuan seperti itu.
"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan. Tak normal bagi saya untuk membunuh anak-anak sendiri secara tiba-tiba. Saya adalah mangsa, saya mengalami kerosakan secara psikologi," katanya.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/3uQa2GX
via IFTTT
No comments:
Post a Comment