loading...
  • Breaking News

    Friday, April 23, 2021

    (Video) 'Tak tahu dia hanyut ke ape' - Pemancing temui lelaki terperangkap dalam lumpur dalam keadaan hanya berseluar dalam


    Kelmarin, seorang pemancing terkejut apabila ternampak kelibat seorang lelaki yang terperangkap di lumpur tebal di kawasan paya bakau di Kampung Injin Gergaji, Chukai, Terengganu. 


    Mangsa yang dianggarkan berusia 20-an itu ditemui pada jam 9.46 pagi dalam keadaan hanya berseluar dalam dan disalut dengan lumpur serta tidak bermaya. 


    Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pihaknya menerima maklumat dari pemancing berkenaan dan mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman ke lokasi. 


    Sebaik tiba di lokasi, mangsa berada dalam kadaan lemah dan kelaparan di kawasan lumpur yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar. 


    Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan itu menggunakan peralatan tali dan pengusung. 



    Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut. 



    Sumber: Kosmo Online, Info Roadblock JPJ/POLIS



    from The Reporter https://ift.tt/3ncG6SA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment