Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dirogol oleh abang kandungnya sendiri sehingga hamil. Perkara itu terbongkar selepas mangsa disahkan hamil di Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa terdahulu mengalami sakit perut dan dibawa ke Hospital Dungun pada jam 1.15 pagi Sabtu, 30 Oktober 2021.
Pemeriksaan kemudian mendapati remaja itu disahkan hamil dan akan bersalin. Namun, bayi di dalam kandungan mangsa lemas sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.
"Mangsa dirujuk ke Wad Bersalin HSNZ dan selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal. Siasatan awal mendapati mangsa dirogol suspek sejak awal Januari tahun lalu hingga September lalu.
"Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3pVqrdY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment