Kelantangan Amerika Syarikat mengecam tindakan Rusia yang didakwanya menceroboh Ukraine sehingga melakukan pelbagai sekatan terhadap negara itu dilihat tidak berguna apabila Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengeluarkan kenyataan tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Zelensky berkata, Ukraine sudah tidak berhasrat untuk menyertai NATO selepas mengetahui pertubuhan itu juga tidak bersedia menerima Ukraine. Malah, Amerika Syarikat juga tidak membantu Ukraine berperang dengan Rusia.
"Saya sudah lama bertenang selepas mengetahui NATO tidak bersedia untuk menerima Ukraine. Pakatan itu takut dengan isu kontroversi dan konfrontasi dengan Rusia," katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu menjadi presiden sebuah negara yang kerap merayu bantuan dari pelbagai pihak.
Rusia sebelum ini menegaskan pihaknya tidak mahu Ukraine menyertai NATO berikutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, NATO yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dilihat semakin gigih mengambil alih negara bekas blok Soviet.
Tindakan NATO itu menimbulkan kemarahan Kremlin yang melihat usaha itu sebagai ancaman selepas menyaksikan postur ketenteraan sekutu Barat di sempadan negaranya.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Rusia bersedia menghentikan operasi ketenteraannya di Ukraine sekiranya negara itu memenuhi semua syarat yang dikenakan.
Antaranya, menghentikan tindakan ketenteraan, meminda Perlembagaan untuk mengekalkan neutraliti, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia dan mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai republik bebas.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/k4SZQOx
via IFTTT
No comments:
Post a Comment