loading...
  • Breaking News

    Monday, March 28, 2022

    Cuepacs gesa Putrajaya naikkan gaji penjawat awam RM1,800 untuk elak aktiviti rasuah

    Foto Hiasan


    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Cuepacs) menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum RM1,800 untuk membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. 


    Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, 16 Februari lalu pihaknya telah mengemukakan cadangan kenaikan gaji minimum RM1,200 ke RM1,800 kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN). 


    Abdul Rahman berharap, memorandum yang dihantar itu dapat mengurangkan kegiatan rasuah yang boleh merugikan pendapatan negara. Dalam masa sama juga boleh menyelesaikan masalah gaji penjawat awam yang rendah. 


    Setakat ini, segelintir daripada 1.6 juta penjawat awam dilaporkan terjebak dengan kegiatan rasuah yang berpunca dari tekanan hidup.


    Antara kandungan dalam memorandum tersebut ialah, semakan semula gaji penjawat awam dengan kenaikan antara tujuh hingga 30 peratus. 


    Tambahnya lagi, pihaknya bimbang dengan amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan penjawat awam, lebih-lebih lagi berlaku peningkatan kes yang jelas semakin meruncing dan imej negara perlu dijaga. 


    Turut dicadangkan juga, semakan terhadap beberapa elaun seperti elaun perumahan dan sara hidup yang perlu dibuat memandangkan ia tidak pernah dilakukan sejak 10 tahun lalu. 


    Sumber: Astro Awani



    from The Reporter https://ift.tt/wCasXZT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment