Foto Media UMNO |
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hasni Mohammad semalam berkata Singapura boleh menjadi jauh lebih maju sekiranya dipimpin oleh UMNO.
Hasni berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS yang mendakwa Singapura menjadi maju kerana tiada UMNO di negara kecil itu.
"Jika Singapura ada UMNO, ia akan lebih maju daripada sekarang," katanya memetik laporan daripada Oriental Daily.
Perbalahan di antara kedua-dua parti itu menarik perhatian Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kemudian meminta pandangan dari netizen khususnya mereka yang berasal dari Singapura, berhubung kenyataan ahli politik itu.
"Singapura mengimport air dari Malaysia tetapi saya tidak pernah menghadapi masalah bekalan air sejak 30 tahun lalu. Rumah saya di Pahang masih terpaksa bergelut dengan masalah air setiap bulan sehingga ke hari ini," kata Iamsay.
"Sudah tentu itu lebih baik. Parlimen kami akan menjadi lebih menghiburkan. Kami akan menjadi negara no satu dalam senarai negara terkorup," kata John Ho.
"60 tahun lebih pegang Pahang tapi air pun bermasalah. Tapi media tak siarkan. Camni nak ada UMNO di Singapura? Lupakan. 2050 siap sedialah daerah Pekan nak tenggelam," kata Fahmi.
"Boleh mati pucuk bila dengar diorang punya sembang. Memang tak sedar diri. Rakyat Malaysia di seluruh pelusuk dunia dimalukan kerana ada pemimpin UMNO yang masih menjadi pemerintah," kata Mat.
"Selama 60 tahun memerintah, kita masih mundur. Kalau 60 tahun UMNO perintah Singapura, confirm bangkrap. Sudahlah Singapura tak banyak sumber macam Malaysia," kata Richard.
Sumber: MalaysiaKini, Twitter Syed Saqqid
from The Reporter https://ift.tt/B7JXR9P
via IFTTT
No comments:
Post a Comment