Seorang lelaki di Pakistan ditahan kerana disyaki menembak mati bayi perempuannya berusia tujuh hari hanya kerana dia mahu anak lelaki dalam kes yang mencetuskan kemarahan banyak pihak di Pakistan.
Polis berkata, bayi yang baru dilahirkan bernama Jannat (bermaksud Syurga dalam bahasa Urdu), dtembak sebanyak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali.
Suspek dikenali sebagai Shahzaib Khan dikatakan memasuki rumahnya dan mengarah isterinya menyerahkan Jannat sebelum dia menembak mati bayi yang baru berusia seminggu itu, lapor akhbar Dawn.
Shahzaib yang baru berkahwin selama dua tahun, kemudian melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditahan pada Khamis lalu di daerah berhampiran.
Difahamkan dalam adat suku kaum tertentu di Pakistan, kelahiran anak perempuan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap lelaki.
Bapa saudara mangsa, Hidayatullah Khan, membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Hidayatullah berkata, suspek tidak pulang ke rumah selepas mendapati isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, malah dia enggan menerima hakikat itu.
"Suspek memasuki rumah keluarga tempat saudara mara berkumpul dan dia mengarahkan isterinya menyerahkan Jannat kepadanya. Suspek mengambil bayi itu dan ditembak sehingga mati," katanya.
Hidayatullah sebelum itu cuba mengambil mangsa, tetapi Shahzaib telah mengacukan pistol ke arahnya dan saudara mara lain, serta mengancam akan melepaskan tembakan sekiranya mereka bergerak mendekatinya.
Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai di Pakistan yang mengecam tindakan suspek membunuh bayi baru lahir dengan kejam.
"Ini sudah melampau, biadab dan kejam. Satu-satu jalan penyelesaian untuk menghentikan kekejaman ini adalah dengan menggantung suspek secara terbuka," ciap Tehseen Qasim di Twitter.
"Saya rasa geram sangat. Saya bersimpati dengan ibu mangsa. Lihatlah anak perempuannya yang cantik itu," kata Misbah Munir.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/EHYUfTJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment