Foto Harian Metro |
Jumaat lalu, media melaporkan berlaku kegiatan pencerobohan di kebun sawit milik penduduk di Titi Gantong di mana ada individu yang tidak bertanggungjawab mengutip biji sawit mereka sejak beberapa minggu lalu.
Hal itu menimbulkan rasa kurang senang pemilik kebun dan memuat naik insiden tersebut di Facebook, yang menurutnya penceroboh itu berasal dari Kampung Jering, Ayer Tawar.
Antara kebun sawit yang diceroboh adalah kebun sawit di Parit 7 hingga Parit 10 dan hampir setiap hari penceroboh datang menaiki motosikal mengutip biji sawit sehingga penuh seguni besar, tanpa kebenaran pemilik.
Penduduk, Muhammad Aysraf Mohd Ariffin, 28, bimbang jika aktiviti pencerobohan itu tidak dihalang segera, penceroboh akan datang membawa galah untuk menjolok hasil tanaman orang.
"Saya berharap polis dapat mengambil tindakan terhadap masalah ini. Harga sawit sekarang mahal kira-kira RM1,300 satu tan, mungkin sebab itu mereka buat kerja ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, individu yang menceroboh kebun sawit tersebut telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk siasatan.
"Individu itu berusia antara 27 hingga 55 taun dari Ayer Mawar, Manjung. Wanita berusia 38 tahun yang membuat hantaran mengenai kejadian itu di Facebook juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.
"Gambar yang ditular wanita itu diambil di kawasan kebun sawit miliknya di Parit 7 Kampung Semangat Titi Gantong, yang berkeluasan 12 hektar keseluruhannya.
"Suami wanita itu pernah terserempak dengan pengutip biji sawit terbabit di kebun mereka dan sudah menegur serta memberi amaran. Bagaimanapun individu berkenaan memberi alasan pemilik kebun lain yang berhampiran sudah memberi kebenaran masuk dan mengutip biji sawt yang terbiar ditinggalkan selepas dikait," katanya.
Barudin berkata, pemilik kebun tidak membuat laporan mengenai kejadian itu dan menasihatkannya membuat laporan polis sekiranya berlaku apa-apa kejadian di masa akan datang.
Pemantauan anggota Rondaan Cegah Jenayah juga akan dilakukan di kawasan kebun tersebut agar kejadian tersebut tidak berulang.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/rZwi2Dj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment