loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 24, 2022

    Bapa perkosa anaknya berusia 8 tahun sehingga mati, selepas menonton video lucah



    Gara-gara sering menonton video lucah, Widiyanto, 41, tergamak menyetubuhi dan meliwat anaknya sehingga mengalami sawan dan akhirnya meninggal dunia, dalam kejadian di rumah sewa di Kota Semarang, Indonesia. 


    Difahamkan, suspek bergelar duda sejak 2017. Perkahwinannya dengan bekas isteri dikurniakan tiga orang anak. Walaupun telah bercerai dengan isterinya, mereka masih bertemu dan ketiga anaknya juga selalu datang menziarahi Widiyanto di rumah sewa. 


    Di kesempatan itu, duda beranak tiga berkenaan mengaku telah menyetubuhi anaknya yang berusia lapan tahun itu sebanyak tiga kali kerana terpengaruh dengan video lucah yang selalu ditontonnya.


    "Kejadian pertama berlaku pada tiga minggu lalu, kejadian kedua pada minggu lalu dan kali terakhir pada Sabtu (18 Mac 2022) sehingga meninggal dunia," kata Widiyanto. 


    Widiyanto menjelaskan dia tidak mengancam anaknya ketika melampias nafsu serakahnya itu. Malah katanya, mangsa tidak melawan mahupun berteriak dan menangis. Dia juga menafikan dirinya mempunyai niat untuk menjemput mangsa dari rumah bekas isteri, semata-mata untuk digauli. 


    "Saya tak mengancam, dia juga tidak berteriak atau menangis," katanya. 


    Selepas kejadian yang terakhir, mangsa mengalami sawan dan diberi ubat demam sebelum dibawa oleh bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun doktor yang mengendalikan kes itu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.


    Mayat mangsa kemudian dikebumikan oleh ahli keluarganya di tanah perkuburan tempatan pada 19 Mac 2022. 


    Bagaimanapun perbuatan suspek terbongkar selepas polis dimaklumkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan terdapat tanda-tanda kekerasan seksual di bahagian kelamin dan dubur mangsa. 


    Jurucakap polis, Donny Lombantoruan berkata, pihaknya mengeluarkan semula mayat mangsa pada hari yang sama untuk mengesahkan laporan bedah siasat itu dan suspek juga telah ditahan di kediamannya.


    Ketika ditahan, suspek mengaku melakukan kekerasan seksual terhadap anak kandungnya sehingga mengalami sawan dan kekejangan selepas melakukan hubungan seksual dengannya. Suspek yang panik melihat keadaan anaknya, bergegas meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke klinik, sebelum dirujuk ke hospital berdekatan. 


    Malangnya, doktor yang mengendalikan kes itu mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa. 


    Siasatan polis mendapati, suspek tidak dapat menahan nafsunya ketika sedang tidur dengan mangsa dan terlintas di fikiran untuk melakukan perbuatan yang keji itu. 


    Widiyanto akan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun. 


    Sumber: Tribun News



    from The Reporter https://ift.tt/PTWYgQ0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment