Foto Dr Gennadiy Druzenko |
Seorang pemilik hospital bergerak zon perang di timur Ukraine mendedahkan bahawa ia telah mengarahkan doktor di bawah seliaanya untuk mengembirikan tentera Rusia yang ditangkap kerana mereka adalah 'lipas', bukannya manusia.
Gennadiy Druzenko, 49, bagaimanapun terpaksa memohon maaf selepas temubualnya dengan saluran Ukraine-24, mngenai tawanan perang tentera Rusia dikecam banyak pihak.
Druzenko sebelum itu berkata, dia sentiasa berpegang pada humanis (berperikemanusiaan) tetapi prinsipnya itu berubah apabila berdepan dengan perkara yang melibatkan Rusia.
"Saya sentiasa menjadi seorang humanis yang hebat dan berkata bahawa jika seseorang itu cedera, dia bukan lagi musuh, tetapi seorang pesakit.
"Tetapi sekarang, saya memberi arahan yang tegas kepada (doktor) untuk mengembirikan semua lelaki Rusia yang ditangkap kerana mereka adalah lipas, bukannya manusia," katanya.
Druzenko sebelum ini menubuhkan hospital bergerak sukarelawan pertama yang menghantar doktor dan jururawat awam di zon konflik berdekatan dengan republik pemisah di timur Ukraine.
Kenyataan Druzenko itu menarik perhatian ramai termasuk Jawatankuasa Siasatan Rusia yang telah bertindak menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan perbuatan Druzenko itu sebagai kes jenayah, yang bermakna dia boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah undang-undang Rusia.
Druzenko bagaimanapun telah tampil memohon maaf di media sosial di atas kenyataannya dan menjelaskan pihaknya tidak mengembiri sesiapa dan tidak akan sesekali melakukan perkara itu.
Druzenko mengaku, dia mengeluarkan kenyataan itu kerana didorong rasa emosi yang tidak terkawal.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/QndE9YZ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment