Susulan tular video babak panas dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik oleh pelakon utamanya sendiri, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad tampil memberikan pandangannya.
Menurut Idris, hiburan tidak dilarang dalam agama Islam tetapi perlulah tidak keterlaluan sehingga boleh mengundang maksiat.
Industri hiburan bukanlah sesuatu yang ingin dihalangnya, tetapi sekiranya berlaku perbuatan yang mencemarkan fitrah dalam agama, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku tanpa dinasihati.
"Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang telah ditularkan untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur.
"Hiburan tidak dihalang dalam Islam. Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan agedan yang ternyata mengundang maksiat.
"Industri hiburan ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.
"Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah," katanya.
Dalam pada itu, Idris juga sempat berpesan kepada seluruh umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan untuk bersiap menghadapi Ramadan yang dengan pengharapanm dan keinsafan.
"Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/Q9pimw8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment