loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 10, 2022

    'Saya tak kata ya atau tidak' - Sharnaaz tak tolak jika dijodohkan dengan Shila Amzah



    Baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sokongan terbuka kepada Shila Amzah ketika memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) 36. Disebabkan itu, ada netizen yang cuba menyakat Sharnaaz kononnya akan kembali bersama dengan Shila Amzah semula. 


    Bagaimanapun, Sharnaaz berkata dia soal jodoh adalah ketentuan Allah dan apa jua yang didoakan para peminat dia menerimanya dengan baik dan pintu hatinya sentiasa dibuka untuk sesiapa sahaja. 


    "Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan keep my windows open kepada sesiapa saja.


    "Kami ada saling bermesej. Dia melalui fasa yang saya pernah alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual," katanya yang juga memaklumkan mereka tidak pernah bermusuh. 


    Sharnaaz mengakui dia mempunyai isu dengan ibu bapa Shila suatu ketika dulu tetapi disebabkan perkara itu sudah lama berlaku, tiada gunanya dia menyimpan perasaan dendam. 


    "Kami ada berbual dan dia ada bertanya bagaimana saya melalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga," ujarnya. 


    Selain itu, Sharnaaz juga memaklumkan Shila sememangnya menggemari genre lagu seperti Pelukan Angkasa sejak dari dulu lagi tetapi hasrat menyanyi lagu seperti itu tidak kesampaian. 


    "Sejak kami bercinta dulu, saya tahu memang itulah dia. Shila cukup suka dengan genre muzik seperti Evanescene. Tapi biasalah dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia. Jadi tak diberikan peluang itu.


    "Tapi tempoh hari dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai dan akhirnya kejayaan milik dia," katanya. 


    Sumber: Utusan Malaysia



    from The Reporter https://ift.tt/DMlLtVh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment