loading...
  • Breaking News

    Monday, March 21, 2022

    'Lain macam eh, pengantin dapat hadiah seekor kambing'

    Foto Siti Nur Atikah


    Sudah menjadi trend tetamu membawa hadiah yang lain dari kebiasaan untuk diberikan kepada pengantin baharu. Sebelum ini pernah viral di media sosial ada tetamu yang menhadiahkan sudip, dapur gas, tong gas, bantal dan sebagainya. Kali ini tular pula tetamu beri hadiah kambing. 


    Video TikTok penternak lembu, Ahmad Zikri Mohamad Zuki, 30, menarik perhatian netizen apabila dia menghadiahkan seekor kambing hitam putih kepada pengantin ketika menghadiri majlis rakannya itu. 


    Difahamkan, Ahmad Zikri terdahulu menerima undangan hadir ke majlis perkahwinan itu kelmarin. Oleh kerana enggan datang dengan tangan kosong, dia mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor kambing berusia dua tahun.


    "Saya sudah simpan niat untuk hadiahkan kepada rakan, seekor kambing. Lagipun, dulu saya ada pelihara kambing dan rakan saya itu (pengantin lelaki) yang tolong buat kandanganya. 


    "Mengenangkan pertolongannya dan persahabatan kami, saya hadiahkan kambing," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Ahad, 20 Mac 2022. 


    Menurut bapa kepada dua anak itu, dia pernah menyuarakan hasratnya itu tetapi rakannya menganggap dia sekadar bergurau kerana tetamu jarang menghadiahkan haiwan ternakan kepada pengantin. 


    Ahmad Zikri juga tidak menyangka video tersebut akan tular dan niatnya menghadiahkan kambing itu adalah untuk bersedekah, selain memberi pahala kepada bapanya dan ibu bapa, rakan yang sudah meninggal dunia. 



    Pengantin lelaki, Muhammad Aiman, tidak menyangka menerima hadiah seekor kambing. Dia pada awalnya menyangka Ahmad Zikri datang membawa hadiah daging kambing yang sudah disembelih, tetapi terkejut melihatkan rakannya itu datang membawa kambing hidup. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/HTqWpjY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment