Polis menahan seorang pemandu bas sekolah berusia 41 tahun kerana didakwa mencabul murid perempuan berusia 11 tahun pada jam 6.20 pagi, 28 Mac 2022.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dihantar ke sekolah dan ibu mangsa telah tampil membuat laporan.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di Seremban 2, semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, bapa mangsa, Amir Danau, memuat naik kronologi kejadian yang menimpa anak perempuannya, menerusi Facebook mengundang perhatian netizen.
Difahamkan, anaknya yang dikenali sebagai Neno mengadu dia telah diganggu secara seksual oleh suspek. Malah siap meminta mangsa menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.
"Isteri mengadu yang dia pelik anak perempuan kami ada meminta Abang Anish menghantarnya ke sekolah kerana curiga dengan sikap pemandu bas sekolah.
"Isteri kata, pemandu bas sekolah itu dah melebih-lebih dan anak pula takut nak beritahu kejadian itu kepada saya. Saya terus panggil anak dan suruh dia cerita.
"Menangis-nangis dia cerita. Katanya dia orang pertama yang dijemput pada jam 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk di belakang, kemudian pemandu bas sekolah itu suruh dia duduk di depan.
"Hari pertama dia (pemandu) tanya nama anak dan siap kata anak saya comel, cantik dan pipi anak saya dicubit-cubit. Keesokan harinya pula, dia mula pegang tangan, gosok-gosok dan ramas-ramas tangan anak saya. Siap ditepuk-tepuk paha anak saya dan dia tunduk rapatkan muka ke paha anak saya masa tu. Dia kata jangan risau dan tiada apa-apa," katanya.
Mangsa mendedahkan suspek turut meminta dia menyimpan nombornya agar mereka dapat berhubung melalui WhatsApp. Sebagai ganjaran, mangsa diberikan air kotak dan dijanjikan coklat Cadbury pada hari seterusnya.
Berang mendengar cerita mangsa, Amir segera mencari maklumat mengenai suspek yang dikatakan pernah melakukan perbuatan yang sama tetapi dengan ibu murid. Malah isteri Amir sendiri juga pernah diminta untuk menghubunginya melalui panggilan video.
Awal pagi keesokan harinya, Amir berdepan dengan suspek terbabit dan bertanya apakah benar dia memperlakukan anaknya seperti yang didakwa. Suspek bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu di depan mangsa.
Hal itu membuatkan Amir berang lalu menamparnya dan menegaskan perbuatan suspek itu sudah melampaui batas. Suspek memohon maaf tetapi sudah terlambat dan Amir nekad membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Semalam bini aku mengadu dekat aku, katanya dia pelik anak perempuan aku sorang ni ada whatsapp dia.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 30, 2022
"Ibu, esok boleh tak suruh abang anish hantar neno pergi sekolah? Driver ni suspicious lah" pic.twitter.com/dmepMBF0Ha
Bini aku balas balik, anak aku dah tak reply dah. Dia tidur dari balik sekolah sampai ke sudah. Malam tu aku suruh bini aku jumpa anak perempuan aku ni, tanya dia apa dah jadi. Sembang punya sembang, bini aku jumpa aku. Bini aku cakap driver sekolah ni memang dah melebih-lebih. pic.twitter.com/GvKEEQ9JmM
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 30, 2022
Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya. Aku panggil anak aku, aku suruh cerita. Menangis-nangis dia cerita. Katanya dia orang pertama yang driver ni ambik pukul 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, pic.twitter.com/no4c7dYf4e
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 30, 2022
"Ini untuk pengajaran. Entah berapa ramai agaknya yang telah menjadi mangsa dia. Mungkin orang lain akan pertikaikan kenapa saya pukul dia. Ya, memang salah dan ini biasa sebab anak mereka tak melalui kejadian ini lagi.
"Saya pukul tak melebih pun, lebih kepada peringatan untuk dia dan saya tangani masalah ini seorang diri tanpa melibatkan orang lain. Niat saya memang nak beri pengajaran kepada dia dan buka mata ibu bapa di luar sana, kalau bukan kita, siapa lagi yang nak mempertahankan anak-anak kita, siapa lagi anak kita nak harapkan?" ujar.
Amir akui tidak kisah sekiranya didenda atau ditahan oleh pihak berkuasa, berbanding membiarkan anak perempuannya trauma dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.
Meskipun ada perasaan kasihan pada pemandu bas sekolah itu yang mungkin ada keluarga, anak dan perlu menyara hidup mereka, jika dibandingkan dengan kesan perbuatan suspek, sebagai bapa yang bertanggungjawab Amir nekad membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: The Star, FB Tuan Amir Danau
from The Reporter https://ift.tt/fnw4PTi
via IFTTT
No comments:
Post a Comment