Dari Kisah Rumah Tangga
Assalammuailaikum admin dan pembaca. Semalam aku kongsikan kisah mak aku vs mak long. Hari ni aku nak kongsikan kisah adik perempuan aku vs bini aku.
Aku teringat satu hal di mana cara mak melayan adik perempuan yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Mak layan adik perempuan macam anak tiri. Masa itu, kami kan otak cetek. Semualah nampak buruk di mata.
Adik cuti sekolah nak bangun jam 8 pagi. Nak pecah pintu mak gegarkan. Mak membebel masa masak dengan adik. Ayat dia yang aku tak boleh lupa.
"Mak cakap apa pun, esok lusa kamu tak ingat. Tapi kalau mak orang lain perli kamu nanti, kamu terasa sampai ke tulang. Mak tegur umpama lalang, mak mertua tegur umpama pedang."
Jadi lama kelamaan, adik aku membesar dan berkahwin. Aku nampak dah apa yang mak cakap dan ajar benar-benar menjadi. Adik aku jaga anak dia cukup sempurna. Berbanding dengan isteri aku. Awal perkahwinan, masak atau kemas rumah ke, aku kena tolong dan dia belajar bersama-sama dengan aku. Sebab aku mencari isteri bukan orang gaji.
Kadang-kadang itu, aku tengok adik aku penat, moody. Aku tak berapa faham. Adik ipar aku baik, seorang suami yang jaga agama dan seorang bapa penyayang. Bagi aku, itu semua dah cukup. Tetapi bila aku punggah balik, aku dengan adik ipar aku lupa satu perkara.
"Hati wanita"
Aku terfikir, kenapa aku dengan adik ipar dah baik, isteri kadang-kadang moody? Aku cuba cari kesalahan aku, tapi tak nampak. Adik ipar pun sama bila aku tanya. Semua dah buat ikut tanggungjawab.
Baru aku teringat pada mak. Dulu mana ada handphone. Telefon rumah pun untuk orang yang mampu saja. Bila abah tak ada di rumah, teringat mak pernah cakap cakap.
"Apalah yang abah kamu tengah buat, dah makan ke belum dia di sana. Sihat ke tidak?"
Mak aku walau sibuk macam mana pun, dia sentiasa romantik cakap senyum dengan abah. Aku teringat, bila nasi dah hidang dan ayat pertama abah.
"Oiii, sedap lauk kita ini maknye. Pandai awak masak, patut saya dengan anak-anak sayang."
Dan selepas makan, mesti abah kata,
"Syukur, terima kasih maknye. Kenyang laki awak ini. Buntal dah perut."
Kalau kami tengok tv, nampak mak ceria saja sembang dengan abah. Paling kerap dengar mak cerita drama yang dia tengok. Punya teliti dia cerita balik kisah tu kat abah.
Dari situ aku teringat, salah aku ada. Aku beritahu pada adik ipar. Kami test sama-sama. Pergi kerja, kami cakap "Sayang awak dengan anak-anak". Bila jauh, kami mesej tanya, "okey tak awak di sana? Petang nanti abang balik nak awak wangi" bila dia nampak serabut. Jangan tanya kami tengok mana kerja dia belum siap. Selepas itu ucap terima kasih sebab uruskan rumah dengan baik. Masa makan, puji walaupun lauk sekadar telur dadar.
Nampak jauh beza sebelum ini. Muka adik aku dengan isteri aku, berisi dan ceria. Korang tahu tak, isteri kita tak ada kawan. Dia gelak entah bila, jadi urat muka dia tak bersenam. Jadi, aku tengok cerita apa yang dia suka. Sewaktu drama dia mula, aku main dengan anak-anak. Dah habis saja aku buat ajat.
"La baba tak sempat tengok drama sekali dengan mama. Layan anak-anak. Ma cerita sikit apa jadi tadi."
Korang cuba buat perkara yang sama pada isteri korang. Tengok mata dan mulut dia, emosi dia bercerita dengan penuh penghayatan. Isteri kita best friend kita. Jangan anggap kuasa veto kita ada, anggap diri itu ketua keluarga, jadi nak serius setiap masa.
Balik kerja, cuba ayat seperti ini.
"Ma nak tahu tak? Hari ini kan, abang... bla bla bla."
Ajak dia bercerita, automatik dia tahu hal kerja kita, dan hati kita. Mereka ini pendengar yang baik. Kalau mereka salahkan kita atas cerita yang kita sampaikan, bermakna betullah itu. Sebab mereka lebih berterus terang. Lelaki saja ego dan kadang-kadang tak dapat terima.
Test kami berjaya. Adik aku ceria, isteri aku ceria. Jawapan kepada suami pening isteri asyik moody, merajuk tak tentu pasal, boleh cuba cara ini. Kau tak percaya, baca di ruangan komen, tengok betul atau tidak bahawa itu yang mereka mahukan.
Bagilah seutas rantai emas besar rantai basikal pun, kalau kau tak hargai hati dan pengorbanan isteri, mereka tak hairan. Kalau kau ikut cara aku, kaulah suami yang paling sweet. Cukup tak payah bayar pun buat semua ini. Yang penting hati kena ikhlas.
from The Reporter http://ift.tt/2nZOAfE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment