Dalam proses mencari pekerjaan, bahan utama yang perlu dibawa adalah Resume ataupun CV. Sekali imbas, kedua-dua bahan utama ini kelihatan sama. Namun ada perbezaan daripada aspek isi kandungan, konteks ayat dan templat. Pasti ramai dalam kalangan graduan muda masih keliru bahkan ada yang tidak tahu mengenai kedua-kedua bahan ini.
Bagaimanapun kebanyakan pemburu kerja seolah-olah memandang remeh dalam hal ini, iklan majikan mahukan calon-calon melampirkan CV, tetapi Resume yang diberi. Ada kemungkinan kesilapan kecil ini membuatkan majikan tidak berminat dengan calon tersebut kerana dianggap kurang peka dengan syarat yang telah ditetapkan. Ia sekaligus telah mewujudkan satu persepsi negatif dalam diri majikan terutamanya dalam kalangan graduan muda.
Oleh itu, disini merupakan asal usul dan fungsi kegunaan Resume dan CV untuk rujukan calon. Ada sebabnya tersendiri mengapa majikan mahukan calon hanya memberikan salah satu sahaja sama ada Resume atau CV.
Bagaimanapun ada sahaja segelintir majikan yang memberi pelonggaran untuk calon-calon memilih salah satu daripada lampiran ini.
• Resume bermaksud ringkasan
• Curricular Vitae (CV) bermaksud perjalanan hidup
Ayat resume berasal dari Bahasa Perancis yang bermaksud "ringkasan". Resume biasanya adalah ringkasan terhadap pendidikan, kemahiran dan pekerjaan seseorang apabila memohon kerja baru. Kebiasaanya, panjang resume hanyalah 1 atau 2 muka surat sahaja.
CURRICULAR VITAE (CV)
Curricular Vitae merupakan ayat latin yang bermaksud "perjalanan hidup". Info yang perlu dilampirkan di sini adalah lebih terperinci berbanding resume. Ia lebih kepada pengalaman profesional calon. Panjang untuk CV ini adalah 2 hingga 3 muka surat atau lebih bergantung kepada pencapaian dan pengalaman calon itu sendiri.
Seperti yang kita dapat lihat, kebanyakan majikan sebenarnya lebih gemar membaca CV kerana mereka ingin tahu mengenai diri anda dengan lebih lanjut. Rujuk gambar di bawah untuk melihat contoh CV.
Ramai calon menghabiskan ruang dengan mengisi maklumat peribadi di bahagian atas CV/Resume mereka. Salah satu sebab majikan tidak pilih segelintir calon untuk menghadiri sesi temuduga adalah kerana CV/Resume mereka lebih ke arah Biodata.
Biodata adalah ringkasan untuk ayat "Biographical" yang lebih memfokuskan pengenalan diri terhadap butiran yang lebih peribadi seperi nama, tarikh lahir, hobi, agama, bangsa, status perkahwinan dan sebagainya.
from The Reporter http://ift.tt/2oqj9z3
via IFTTT
No comments:
Post a Comment