loading...
  • Breaking News

    Monday, April 10, 2017

    Lelaki ragut handphone mangsa & lari ke.. dalam balai polis


    SHENZEN, CHINA - Selepas berjaya meragut telefon bimbit seorang wanita, lelaki berusia lewat 40-an itu terus melarikan diri, namun tidak menyedari dirinya termasuk dalam kawasan balai polis, lapor Shanghaiist. 

    Dalam kejadian 31 Mac lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit sebelum itu menghampiri mangsanya dari belakang. Sewaktu mangsa sedang leka dengan telefon bimbitnya, lelaki itu terus meragut telefon bimbit mangsa dan lari ke seberang jalan. 

    Mangsa yang terkejut, cuba mengejarnya, tetapi kakinya tersandung dan terjatuh di jalan raya. 


    Bagaimanapun, lelaki berkenaan terkedu seketika apabila mendapati dirinya berada dalam kawasan balai, sebelum dihampiri mangsa yang kemudian memaklumkan kepada polis, suspek telah meragutnya. 

    Suspek terus ditahan polis sejurus 10 saat selepas melakukan jenayah tersebut. 

    Menurut pihak polis, suspek tidak begitu arif dengan kawasan itu menyebabkan dirinya menjadi mangsa kepada perbuatannya sendiri. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2pk3I8M
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment