Dari Kisah Rumah Tangga
Saya ingin berkongsi cerita sebagai pengajaran buat semua pembaca agar dapat memberi komen yang membantu saya.
Saya berkahwin dengan suami sudah 9 tahun, sejak 2008. Saya berkahwin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta.
Suami saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Tetapi setelah berkahwin, saya tidak dapat menerima suami saya. Saya kurang melayan dia termasuklah nafkah batinnya. Tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar. Dia tetap bersabar dan setia dengan saya.
Kami dikurniakan dua orang anak. Saya bahagia bersama suami tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud.
Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang penyabar, rajin, penyayang dan boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suami. Termasuklah kerja rumah, memasak, menjaga anak semua dia yang uruskan.
Pada tahun 2016, tuhan telah menguji saya di mana saya telah berlaku curang kepada suami. Saya bercinta dengan kawan sekolah saya tanpa pengetahuan suami. Kami bercinta hampir empat bulan dan saya betul-betul cintakan kekasih saya sehingga terfikir untuk bercerai dengan suami. Saya juga sanggup menipu suami kerana ingin keluar bersama kekasih.
Tetapi tuhan itu Maha Adil. Akhirnya suami ternampak saya dan kekasih berdua-duaan dalam kereta.
Suami tidak melenting, tetapi dia hanya memberikan saya pilihan sama ada mahu memilih untuk terus bersama dia atau kekasih. Tetapi jika saya memilih untuk bersama kekasih, suami mahu hak penjagaan anak-anak diberikan kepadannya. Saya tidak sanggup berpisah dengan anak-anak.
Sementara kami berbincang mengenai halatuju hubungan kami, suami setiap hari menangis kerana tidak dapat menerima perbuatan saya yang mana dia sangat mempercayai saya sebelum ini. Sehingga suami dimasukkan ke hospital kerana tidak makan. Suami dimasukkan air kerana badannya lemah, kurang makan.
Saya sedih dan menyesal dengan perbuatan saya. Selama kami berkahwin, suami sentiasa buat kejutan untuk saya setiap hari yang bermakna baginya. Boleh dikatakan suami sentiasa cuba membahagiakan saya.
Akhirnya saya memilih suami kerana dia dapat membahagiakan saya. Masalahnya sekarang, suami saya tidak lagi seperti dulu. Dari seorang periang, selalu bergurau dengan saya, kini menjadi pendiam dan banyak termenung. Dia yang dulunya aktif bersukan, kini lebih suka berdiam dan termenung. Mungkin sukar baginya untuk menerima semua ini.
Tolong bagi saya nasihat macam mana saya buat suami saya kembali menjadi seorang yang periang, yang suka buat lawak untuk saya? Saya rindukan suami saya yang dulu.
from The Reporter http://ift.tt/2o25ICa
via IFTTT
No comments:
Post a Comment