Sepasang suami isteri terkejut apabila sistem penggera kenderaan mereka berbunyi pada jam 2 pagi. Apabila si suami mengintai dari cermin pintu, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati pintu kenderaannya dibuka, lalu segera menghubungi polis kerana bimbang kejadian itu didalangi oleh penjenayah.
Mereka tidak menolak kemungkinan bahawa penjenayah mungkin menggunakan taktik menutup pili air bagi mengumpan penghuni rumah keluar sebelum mereka menyerang dan menyamun mangsa.
AKU terkejut dengan bunyi alarm kereta yang sangat kuat. Terus bangkit dari tidur dalam keadaan yang mamai dan segera mendapatkan kunci kereta dan hidupkan suis lampu. Aku matikan alarm Vios dan mengindai dari cermin pintu, Pintu Alza terbuka!
Jantung memang berdegup dengan kencang. Ada sesuatu yang tak berapa elok sedang berlaku dan aku dapat rasakannya.
Jam di dinding menunjukkan tepat jam 2 pagi. Hampir aku nak keluar dari rumah dan segera menutup pintu Alza dan mengunci kereta aku, tapi aku curiga ada sekumpulan perompak yang sedang memasang perangkap untuk menunggu aku keluar.
TELEFON POLIS!
Aku tanya isteri, call polis? Beliau kata, "Ya! Call polis sekarang!"
Dalam beberapa minit kemudian. dua buah kereta peronda polis sampai bersama lebih kurang lapan anggota kalau tak silap. Selepas kelibat mereka tiba, barulah aku membuka pintu dan menceritakan apa yang berlaku. Anggota-anggota polis berkenaan melakukan gerak kerja mereka dengan mencari petanda dan kelibat penjenayah (barangkali), namun tiada. Mungkin mereka telah melarikan diri.
Suatu perkara yang menarik, tiada satu pun barang di dalam Alza yang didapati hilang. Juga terdapat kenderaan-kenderaan jiran di luar pagar rumah masing-masing namun tidak terusik.
Oleh itu, saya beranggapan bahawa modus operandi kumpulan ini adalah dengan cuba membuatkan kita keluar dari rumah atas alasan pintu kereta terbuka, alarm berbunyi dan mereka akan menggunakan kekerasan ke atas kita dan merompak barang bernilai di dalam rumah.
Oleh itu, saya beranggapan bahawa modus operandi kumpulan ini adalah dengan cuba membuatkan kita keluar dari rumah atas alasan pintu kereta terbuka, alarm berbunyi dan mereka akan menggunakan kekerasan ke atas kita dan merompak barang bernilai di dalam rumah.
Syukur kepada Allah kerana diberikan kewarasan untuk segera menghubungi pihak polis dengan segera dalam keadaan yang mamai. Idea ini muncul kerana perkongsian rakan-rakan di Facebook seperti perompak membuka pili air di luar rumah agar penghuninya keluar dan selepas itu aktiviti rompakan dilakukan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak polis yang begitu pantas mengambil tindakan apabila orang awam perlukan bantuan. Sempat saya memohon maaf kerana menyusahkan mereka yang datang ke rumah pada jam dua pagi, namun segera mereka menyangkal dan berkata sememangnya itu tugas mereka dan usah berkata demikian.
Semoga kita semua diselamatkan daripada segala malapetaka dan sebarang niat jahat. Semoga peristiwa ini juga menjadi iktibar buat kita semua Syukur semuanya selamat. Kita mesti lebih berhati-hati selepas ini.
Sumber: Abdul Kareem Firdaus
from The Reporter https://ift.tt/2OC1tKH
via IFTTT
No comments:
Post a Comment