loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 29, 2018

    Lelaki mengaku diri Imam Mahdi ancam letupkan Sri Pentas, polis sahkan hanya panggilan palsu


    Sebuah syarikat televisyen swasta terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.

    Kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.

    Menurut sumber, polis memaklumkan ada panggilan ancaman bom di premis tersebut dan difahamkan panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi. 



    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bom berkenaan pada jam 10.12 malam daripada seorang lelaki. 

    Berikutan itu, sepasukan unit bom di Unit Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi dan mengarahkan semua kakitangan di bangunan itu keluar. 



    Selepas melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui dan mengesahkan panggilan tersebut hanyalah panggilan palsu. 

    Kakitangan stesen televisyen swasta itu kemudian dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu kira-kira jam 1.30 pagi.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. 

    Sumber: Astro Awani, Bernama


    from The Reporter https://ift.tt/2N3DAi8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment