Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali sebagai Fazura, sebelum ini pernah menyuarakan hasrat menginginkan sepasang pakaian yang diperagakan pada KL Fashion Week (KLFW) 2018 di Instastories miliknya.
Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, menyarung sepersalinan blaus dan seluar sequin daripada koleksi Stardust daripada Innai Red yang diinginkan oleh Fazura itu di program MeleTOP.
Perkara itu membuatkan para peminat kedua-dua pelakon ini bertelagah dan mempertahankan selebriti kesayangan masing-masing.
Bagaimanapun, Neelofa menafikan dakwaan kononnya dia sengaja memakai sepersalinan baju yang diinginkan oleh Fazura.
Ini kerana katanya, dia tidak dapat melihat posting atau kemaskini akaun Instagram Fazuran memandangkan dia telah disekat sejak sekian lama.
"Saya tidak dapat melihat Instagram individu itu sebab saya sudah kena block sejak beberapa tahun lalu.
"Kalau pun tidak disekat, macam mana saya nak 'keep up' dengan setiap post, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?
"Koleksi yang ditunjukkan di KLFW adalah Ready-to-Wear, maksudnya bukan one piece untuk one person.
"Siapa-siapa di luar sana semua boleh memakainya, tak ada masalah untuk tengok lebih daripada seorang yang pakai," katanya memetik laporan Melodi.
Sumber: Astro Gempak
from The Reporter https://ift.tt/2nSPAEW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment