Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan semalam kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dirinya berpakaian wanita sehingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen.
Chef Wan dalam kenyataannya menjelaskan, beliau berpakaian sedemikian kerana mengikut tema majlis yang dihadirinya dan hanya sekadar untuk hiburan sahaja.
Dalam kenyataan itu, Chef Wan juga berkata dia boleh membuat laporan polis dan memfailkan saman terhadap pihak yang sengaja mencetuskan isu gambar tersebut.
"Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti. Kau nak sebar fitnah dan macam-macam, apa yang kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut orang lain.
"I am capable to do that as you try to embarrased me in public! Sarang tebuan jangan dijolok, esok sesal tak sudah pula. Don't use social media to bully or discriminate others.
"I think if this harrasement does not stop indeed I will take a legal action and report this to the police to teach this bastard a leeson so that dia tak senang-senang nak aniaya orang lain," tegas Chef Wan.
Bagaimanapun dalam kenyataan pihak yang dimaksudkan itu, mereka menerima gambar itu dari pengikut Instagram yang dakwanya mungkin kawan rapat atau individu yang pernah bekerja dengan chef selebriti berkenaan.
"Siapalah yang pergi screenshot pos makcikpuaka pergi DM Chepwan? Haa, sekarang bertambah femes makcikpuaka. Ada orang komen kat IG Chepwan cakap, samalah macam Chepwan post kat IG malukan saudara dia. See, netizen pun berakal.
"Anyway gambar Chepwan itu sebenarnya ada orang DM makcikpuaka. Bukan sesaja aku cari. Orang tu maybe kawan rapat Chepwan/pernah bekerja dengan Chepwan. Mana kita tau.
"Page ini sekadar hiburan je, jangan le serious. Yang dah follow lama enjoy je. Yang tak agree opinion/view or jadi lalang batu api pun tak apa. Kita semua warga puaka," kata pengendali laman berkenaan.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2MWD0Cy
via IFTTT
No comments:
Post a Comment