loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 14, 2018

    'Terdengar suara ghaib' - Bapa tetak dan campak anak dari tingkat 4


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri, petang kelmarin, lapor Harian Metro.

    Dalam kejadian di kediaman mereka di tingkat 4 Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kanak-kanak itu yang sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu, ditetak suspek berusia 35 tahun sebanyak tiga kali dengan parang. 

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang menyangka kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 4 dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada jam 5.45 petang. 

    "Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.

    "Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya," katanya.




    Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar suara ghaib yang memintanya bertindak demikian. 

    "Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

    "Suspek sudah ditahan dan kami turut menemui parang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai," katanya.

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


    from The Reporter https://ift.tt/2KRXl7b
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment