loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 29, 2018

    'Saya takkan maafkan, mereka musnahkan kehidupan saya!' - Gadis diculik 2 bulan, dinoda, didera dan ditatu


    Gadis berusia 17 tahun di Morocco, diculik sekumpulan lelaki sebelum diseksa dan dirogol beramai-ramai, lapor Mirror.uk dan Yabiladi.com.

    Dalam kejadian bulan lalu, mangsa yang dikenali sebagai Khadija mendakwa dia telah diculik dan dirogol 13 lelaki muda yang tidak dikenali di sebuah rumah di Olad Ayad di wilayah Moroccan Beni Mellal.

    Sekumpulan lelaki itu turut mencederakan mangsa dengan puntung rokok selain didera dan dicacah dengan tatu yang memalukan di seluruh badannya.

    Kes itu hanya dilaporkan kepada polis dua bulan selepas mangsa dilepaskan oleh suspek. 




    Menurut Khadija, dia diculik sekumpulan lelaki yang ada di antara suspek dikenali olehnya, selepas dia melawat ibu saudaranya. 

    "Mereka culik saya untuk tempoh hampir dua bulan, untuk merogol dan mendera saya. Saya tidak akan memaafkan mereka. Mereka musnahkan kehidupan saya," kata Khadija. 

    Susulan itu, polis telah menahan sembilan suspek untuk siasatan. Polis juga sedang memburu baki empat suspek yang dipercayai telah melarikan diri sebaik mengetahui kes itu dilaporkan pada polis.




    Beberapa hari kemudian, tampil beberapa ahli keluarga suspek yang terlibat menafikan dakwaan Khadija diculik. 

    Sebaliknya, mereka mendakwa Khadija sendiri yang mahu dicacah dengan tatu, selain mendakwa ibu bapa mangsa tahu mengenai perkara itu. Malah, mereka juga mendakwa Khadija sering melepak dengan beberapa kumpulan remaja. 

    "Kalau gadis ini hilang selepas diculik, kenapa ibu bapanya tidak melapor kehilangannya kepadap ihak berkuasa?" kata ahli keluarga suspek yang mendakwa ibu bapa mangsa memaksa anak mereka menjadi pelacur.

    Sementara itu, seorang pencacah tatu dari Tunisia, Wachem, tampil menawarkan bantuan untuk membuang semua tatu di badan Khadija. 

    "Sebagai pencacah tatu profesional, saya mahu membuang semua tatu di badannya," katanya.


    from The Reporter https://ift.tt/2NrBmWB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment