loading...
  • Breaking News

    Monday, August 20, 2018

    'Habiskan duit suami supaya dia sedar dia tak mampu nak buka cawangan lain'


    Ramai yang suka berkongsi tips rumah tangga di media sosial. Tetapi adakalanya tips itu tak boleh digunapakai juga sebab tak relevan dan bimbang boleh menjerat diri di kemudian hari. 

    Mengulas mengenai trend kegilaan sekarang, "Jangan guna duit suami,", wanita ini berpandangan trend itu tidak bersesuaian dan agak bahaya jika diamalkan. Katanya, dalam rumah tangga perlu ada give and take, tetapi jangan sampai menafikan hak diri sendiri.

    ACIK tak faham dengan kegilaan trend sekarang: "Jangan guna duit suami". 

    Nak jadi independent woman, tak salah. Yang tak berapa betulnya ialah, independent woman datang sekali dengan pakej bengap. 


    Isteri-isteri, dalam Islam kan sudah diajar kewajipan suami untuk memberi nafkah. Kalau ada masa lapang, cuba baca apa yang dimaksudkan dengan nafkah dalam Islam. Rajinkan membaca, cari ilmu. Jangan asyik dok membawang dan tengok drama TV3 saja taunya. 

    Kalau kita tak pow duit suami, duit siapa lagi? Sifir Acik mudah saja. Kalau suami mampu, Acik minta suami belikan. Kalau benda itu Acik tahu membebankan suami atau di luar kemampuan suami, Acik kumpul duit sendiri untuk beli atau bagi masa pada suami untuk mengumpul duit. 

    Kadang-kadang kalau Acik kemaruk nak sangat benda itu, beli guna duit Acik dulu dan selepas itu suami bayar semula sedikit demi sedikit setiap bulan. 

    Dalam rumah tangga  memang kena ada give and take. Tetapi jangan sampai hak kita, kita sendiri tolak semata-mata nak nampak moden and up to date. 

    Acik pernah terbaca satu ayat. Agak kelakar tetapi macam ada betulnya. Nak tahu apa ayat itu?"

    "Habiskan duit suami supaya dia sedar diri yang dia tak mampu nak buka cawangan lain." 


    Betullah tu, kalau kita isteri moden pilih untuk tak guna duit suami, hutang piutang kita bayar sendiri. Utiliti kita bayar, belanja diri sendiri dan shopping menggunakan duti sendiri. Suami akan ada duit berkepuk. Bila banyak duit, mulalah dia rasa mampu nak cari madu untuk kita.

    Lesson of the day?



    from The Reporter https://ift.tt/2N5qEVK
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment