Jumaat lalu, video seorang pelajar sekolah menengah membunuh diri mula tersebar di media sosial. Dilaporkan, pelajar berusia 17 tahun itu merupakan pelajar di sebuah sekolah di wilayah Sisaket, Thailand.
Menurut laporan Oriental Daily, mangsa selalu diejek oleh rakan sekelas mengenai dirinya yang gemuk. Akibatnya, mangsa hilang keyakinan diri dan mula mengasingkan dirinya dari rakan-rakan.
Pada hari kejadian, mangsa dilihat berdiri di belabas tingkat lima bangunan sekolah dan perlahan-lahan berjalan ke hujungnya. Beberapa pelajar dari bangunan bersebelahan ternampak dan menyangka mangsa sekadar mahu melakukan prank (gurauan) dan tidak mengendahkannya sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
Tanpa berpaling ke belakang, remaja itu berjalan ke hujung belabas dan melihat ke bawah. Beberapa pelajar lain mula menjerit memintanya untuk tidak melakukannya, namun sudah terlambat, remaja yang mengalami kemurungan itu terjun bunuh diri.
Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Malangnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca mangsa membunuh diri dan ramai yang percaya mangsa berbuat demikian kerana selalu diejek. Namun, media tempatan melaporkan mangsa mungkin tertekan dengan masalah keluarganya.
Selepas kejadian itu, ramai rakan sekelasnya menyesal dengan tindakan mereka sebelum ini dan memuat naik kenyataan di media sosial memohon maaf kepada mangsa.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2vHDqDc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment